Empat beranak maut dalam kemalangan

Keadaaan kenderaan mangsa yang remuk dalam kemalangan. FOTO Facebook IRDK
EMPAT beranak maut dalam kemalangan membabitkan treler dan kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Balai Polis Paloh, Gua Musang, 7.15 pagi, hari ini.
Difahamkan empat yang maut adalah suami isteri dan dua anak mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.34 pagi.
"Sembilan anggota ke lokasi bersama tiga jentera dan tindakan segera untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sedang dilakukan.
"Usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa kerana kita terpaksa memotong kereta yang remuk," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kerja menyelamat mangsa masih diteruskan dan identiti mangsa belum diketahui.

Sumber : Harian Metro

Comments

Popular Posts