Enam kenderaan rosak terlibat kemalangan berangkai
KEMALANGAN: Keadaan kereta dilanggar oleh sebuah lori. |
MIRI: Lima kereta dan sebuah lori terlibat dalam kemalangan berangkai di Jalan Miri Bypass, di sini sekitar jam 8.30 malam kelmarin.
Menurut sumber, kemalangan pada mulanya dipercayai berlaku apabila sebuah kereta hendak membelok memasuki satu simpang di sebelah kanan.
“Lori berada di belakang kereta berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.
“Lebih parah apabila empat kereta lain di belakang lori juga tidak sempat mengelak lalu merempuh sesama sendiri,” katanya.
NAHAS: Antara kereta turut terlibat dalam kemalangan berantai. |
Akibat pelanggaran tersebut, kesemua kenderaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang.
Difahamkan kesemua pemandu dan penumpang dari enam kenderaan terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Miri.
Sumber : Utusan Borneo
Comments
Post a Comment