Pesawat ringan bawa menteri tergelincir


KUCHING: Sebuah pesawat ringan yang membawa tujuh individu tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ketika hendak mendarat, petang tadi.
Pesawat yang membawa Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah serta rombongan dari Mukah itu dipercayai tergelincir disebabkan permukaan landasan yang licin ketika hujan lebat.
Menurut sumber, Anggota Bomba Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke lokasi sebaik Kawalan Trafik Udara (ATC) menerima laporan berhubung insiden tersebut.
“Petugas di bilik kawalan ATC menerima panggilan sekitar jam 6.06 petang menyatakan ada pesawat ringan tergelincir di landasan antara A1 dan A2 LTAK.
“Kesemua lima penumpang, serta juruterbang dan pembantu juruterbang, adalah dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.
Landasan itu diarah tutup sejam selepas kejadian dan dibuka pada jam 8.15 malam.

Sumber : Utusan Borneo 

Comments

Popular Posts