Adik presiden parti pembangkang Sabah ditahan SPRM

Sebelum ini, lelaki tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Sabah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan adik kepada presiden parti politik pembangkang di Sabah di sini pada jam 9.30 malam tadi, berhubung penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurut sumber SPRM yang dihubungi Astro AWANI, individu berusia 52 tahun itu bakal direman esok (Selasa).
Sementara itu, pada petang tadi, individu berkenaan telah dibawa pihak SPRM ke rumahnya di Putatan, Sabah bagi mencari bahan bukti berhubung kes penyelewengan tersebut.

Sebelum ini, lelaki tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Sabah.

Sumber : Astro Awani

Comments

Popular Posts