Benjy dituduh di mahkamah Indonesia

GAMBAR fail, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau dikenali sebagai Benjy ketika ditahan reman di Mahkamah Majistret Ampang didakwa memiliki dadah di sebuah Konduminium Bukit Antarabangsa, pada 27 Jun 2013. - Foto NSTP/Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Pelakon, Benjy, berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.
Memetik laporan The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.
Selain itu, pihak pendakwaan juga memohon supaya Benjy membayar denda Rp800 juta (RM250,944) atas kesalahan itu.
Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.
Beliau ditahan kerana gerak gerinya kelihatan mencurigakan, malah motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui.

Sumber : Berita Harian

Comments

Popular Posts