Berkurung, ugut tikam perut
WANITA berusia cuba menikam perutnya dengan pisau di Flat Taman Semarak, Nilai, di sini, malam tadi.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Khairullizal Abu Kasim, berkata kejadian pada kira-kira 11 malam .
“Wanita itu didapati mengurung dirinya dalam bilik. Dia mengugut untuk menikam perutnya berikutan dalam keadaan tertekan," katanya.
Khairullizal berkata, pihaknya memerlukan 30 minit untuk memujuk wanita itu dengan memberikan kata perangsang untuknya meneruskan kehidupan.
“Dengan dibantu pujukan ahli keluarganya, wanita terbabit akhirnya beralah dan diselamatkan," katanya.
Menurut Khairullizal, wanita itu difahamkan sudah berkahwin, tiada anak dan menetap bersama dua rakannya di rumah berkenaan.
“Kami difahamkan suami wanita mendiami rumah lain. Wanita itu kemudian polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber : Harian Metro



Comments
Post a Comment