Dua lelaki ditembak mati
SIBU: Polis Sarawak mengesahkan kejadian dua lelaki ditembak mati di sebuah kedai kopi di Lorong Pahlawan, di Sibu, tengah hari tadi.
Dalam insiden jam 12.15 tengah hari itu, dua lelaki yang berumur 47 tahun dan 21 tahun sedang minum di kaki lima.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki memakai topi keledar telah melepaskan beberapa das tembakan, dengan senjata disyaki pistol ke arah kedua-dua lelaki tersebut, yang masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi-saksi di tempat kejadian katanya, suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.
“Satu task force (pasukan petugas) khas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini. Masih terlalu awal untuk mendedah sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan siasatan pada peringkat ini.
“Orang ramai diminta untuk tidak spekulasi tentang kes ini dan memberi ruang dan masa untuk polis menjalankan siasatan terperinci,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo





Comments
Post a Comment