Elfira Loy, Sufian Suhaimi bertunang esok

Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu. - Instagram / Elfira Loy / @elfiraloy

KUALA LUMPUR: Pelakon Elfira Loy, 23, dan kekasihnya penyanyi, Sufian Suhaimi, 25, bakal bertunang esok, 6 Oktober

Majlis pertunangan pasangan selebriti popular itu akan diadakan di kediaman keluarga Elfira, di Ampang.

Wakil media telah dijemput oleh pasangan sama cantik sama padan itu untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu. Pasangan kekasih ini berkongsi gambar menerusi akaun Instagram.

A post shared by Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) on


Para peminat gemar untuk melihat perkembangan terkini pasangan ini  terutama di Instagram dengan ‘caption’ yang mencuit hati.





Sumber : Astro Awani

Comments

Popular Posts