Kedai emas dirompak, pekerja dipukul



KEDAI emas di pasar raya besar di Kajang dirompak empat lelaki bersenjatakan tukul besi dan objek dipercayai pistol , 8 malam ini. 
Sumber berkata, empat lelaki memakai topi keledar menyerbu masuk kedai emas itu dan meminta dua pekerja di situ supaya tidak berbuat apa-apa. 
" Sebanyak 10 dulang barang kemas dilarikan selepas mereka memecahkan cermin pameran barang kemas di situ. 
" Seorang pekerja kedai emas itu turut cedera di kepala akibat dipukul seorang daripada perompak berkenaan, " katanya. 
Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian. 
"Rakaman kamera litar tertutup di kedai emas itu sedang diteliti bagi mengenal pasti suspek," katanya. 

Sumber : Harian Metro

Comments

Popular Posts