Lebih 20 maut dalam kejadian tembakan di Las Vegas
![]() |
| Pegawai polis berkawal di lokasi kejadian tembakan berdekatan Hotel Mandalay Bay, Las Vegas, pada 1 Oktober, 2017. (AP Photo) |
Jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, bagaimanapun suspek berjaya dibunuh polis kemudian.
Menerusi rakaman video dimuat naik dalam talian, kedengaran bunyi tembakan dipercayai daripada senjata automatik
Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam Ahad sementara saluran berita ABC 7 berkata ratusan das tembakan dilepaskan.
Terdahulu, laporan awal oleh CBS Los Angeles dan FOX 11 mengatakan, dua terbunuh dalam kejadian itu manakala 24 cedera dengan 12 dilaporkan parah.
Sumber : Astro Awani



Comments
Post a Comment