Memang bangsat!
Klang: Seorang wanita terkejut dan menggigil selepas terlihat seorang lelaki melakukan onani di belakang rumahnya di Taman Utama, di sini, ketika mahu membasuh pinggan di dapur, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.20 petang, tingkap di dapur rumah didiami perancang perkahwinan, Aziyana Sudin, 32, memang sengaja dibiarkan terbuka untuk mengeluarkan bau masakan.
Aziyana berkata, dia hendak membasuh pinggan tetapi terkejut apabila melihat kelibat seorang lelaki lalu di belakang rumah sambil menutup zip seluar yang disangka mungkin membuang air kecil.
“Tidak lama kemudian lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu, namun terkejut selepas melihat dia melakukan perkara tidak senonoh.
“Saya terus memarahinya, namun dia buat tak tahu. Selepas saya berkata mahu menghubungi polis, baru dia beredar,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.
Katanya, dia baru berpindah ke taman perumahan terbabit sejak tiga minggu lalu dan pernah melihat lelaki itu di belakang rumahnya, namun tiada apa yang berlaku.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas Aziyana memuat naik status, gambar dan video mengenai perlakuan lelaki berkenaan.
Menurutnya, dia turut dikecam netizen kerana memuat naik gambar kejadian itu, namun ia sekadar mahu mengingatkan suri rumah lain serta anak-anak supaya sentiasa berhati-hati.
“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sumber : Harian Metro
Comments
Post a Comment