Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori
![]() |
| Seorang lelaki maut setelah terperosok di bawah sebuah lori satu tan dalam kemalangan berhadapan Sekolah Rendah Agama al-Ummah. -Gambar hiasan |
CHEMOR: Seorang lelaki maut setelah terperosok di bawah sebuah lori satu tan dalam kemalangan berhadapan Sekolah Rendah Agama al-Ummah, di sini, pada Isnin.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 12.51 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian.
"BBP Meru Raya kemudian menggunakan kren untuk mengalihkan kenderaan terbabit dan menjalankan operasi mengeluarkan mangsa," katanya kepada pemberita.
Jelasnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : Astro Awani



Comments
Post a Comment