7 Tips Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu.

Sumber : Google

Saya percaya ramai orang maklum bagaimana ingin menjaga tayar kereta masing-masing. Namun sekali lagi saya cuma ingin berkongsi dengan anda sebagai peringatan untuk diri saya juga.
Rata-rata pemandu kereta terutama lelaki mahupun wanita banyak mengabaikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penjagaan tayar kereta. Bukan kerana tidak tahu, tetapi sebenarnya ianya berpunca daripada sikap lalai.
Baik jom sama-sama kita berazam untuk menjaga tayar kereta kita dengan sebaiknya. Ini 7 tip penjagaan tayar kereta yang patut anda tahu.

1. Pemilihan Saiz Tayar Yang Sesuai


Pemandu lelaki memang suka sport rim. Tapi perlu diingat penggunaan tayar yang lebih besar; contohnya 14 inci kepada 15 inci boleh beri kesan pada kenderaan anda dan secara tidak langsung pada tayar anda.
Kesannya umpama domino effect di mana apabila wheel assembly menerima saiz tayar baru dan rim baru ia beri sedikit kesan pada spesifikasi asalnya. Lama -kelamaan ia akan beri kesan pada tayar kereta anda juga.

2. Pemeriksaan Berkala Tekanan Angin Tayar Kereta


Digalakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda

3. Tukar Kedudukan Tayar Kereta


Digalakkan menukar kedudukan atau rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakan kepada setiap tayar kereta anda.

4. Lakukan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta


Selalunya alignment tayar kereta dilakukan setiap 10000 kilometer perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya terus lakukan alignmentBalancing turut dilakukan sekali jika buat alignment.

5. Kenali Spesifikasi Tayar



Perlu diingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda contohnya tahun pembuatan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.

5a. Tahun Pembuatan Tayar

Disarankan anda menggunakan tayar yang terbaru atau pada tahun yang sama tayar hendak ditukar. Jika anda menggunakan tayar keluaran lama, dikhuatiri jangka hayatnya tidak akan lama. Sebagai contoh dalam gambar di atas, nombor 0204 menunjukkan minggu ke-2 tahun 2004 tayar ini dikeluarkan
5b. Tahap Kelajuan
Saya percaya kita semua tak ambil endah mengenai tahap kelajuan yang boleh ditampung oleh sesebuah tayar kereta. Jadi jangan terkejut jika anda memandu laju melebihi had kelajuan yang ditetapkan, bukan sahaja minyak kereta anda cepat habis malahan tayar kereta anda pun cepat rosak.
5c. Tahap Bebanan
Sememangnya orang menganggap ianya perkara kecil dan boleh diabaikan. Lagi pula, bukannya kita boleh timbang bebanan setiap kali kita menggunakan kereta kita.
Cuma kita boleh buat andaian secara rasional samada kita telah menggunakan bebanan lebih atau tidak terhadap tayar kereta kita. Sila rujuk indeks bebanan tayar daripada Continental untuk panduan.

6. Gaya Pemanduan


Digalakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek.

7. Pemeriksaan Berkala Thread Tayar


Jika anda perasan, tayar kereta mempunyai tanda aras atau pengukur tahap kerosakannya. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, itu petanda sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.
Selamat mencuba dan hati-hati memandu.
sumber : abejaq
adminJ

Comments

Popular Posts