Datuk 'darah manis'
Kolaka (Indonesia): Seorang datuk mungkin dicemburui ramai pemuda di Indonesia selepas lelaki itu berkahwin dengan seorang remaja berusia 17 tahun, baru-baru ini.
Badu yang berusia 60 tahun dilaporkan berkahwin dengan Ika Nurjanah dalam satu majlis ringkas di Baula, Kolaka di Sulawesi Tenggara, pada Isnin lalu.
Kisah perkahwinan pasangan berkenaan tular di media sosial selepas gambar mereka dimuat naik seorang wanita, Yuni Rusmini di laman Facebook kelmarin.
Ketua pejabat agama Kolaka, Abdul Aziz Baking mengesahkan pernikahan pasangan berkenaan yang berlangsung di pejabat itu.
“Pasangan ini berkahwin dengan mas kahwin berjumlah Rp300,000 (RM91),” katanya yang dipetik Bangka Pos.
Sementara itu, Yuni memberitahu, Badu jatuh hati dengan Ika selepas sering bertemu dengan remaja berkenaan.
“Badu kemudian mengambil keputusan bertemu keluarga Ika dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan remaja itu.
“Apa yang mengejutkan, keluarga Ika menerima lamaran Badu dan pasangan berkenaan kemudian berkahwin,” katanya.
Perkahwinan itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dan ada yang percaya remaja itu bersetuju berkahwin dengan lelaki jauh lebih tua kerana harta.
Bagaimanapun, Yuni menjelaskan, Badu bukannya seorang yang kaya dan pernikahan mereka adalah atas dasar cinta.
Sumber : Harian Metro
Comments
Post a Comment