KENALI TANDA DRIVE SHAFT ROSAK
Apakah tanda drive shaft rosak ; suatu pertanyaan yang sering ditanya oleh kebanyakan orang. Namun sebelum itu mari kita mengenali dahulu apakah drive shaft dan apakah fungsinya.
Drive shaft atau dalam Bahasa Melayunya aci pemacu adalah komponen kenderaan yang tergolong dalam kategori drivetrain system.
Aci pemacu adalah merupakan komponen yang menghubungkan kuasa dari enjin ke tayar kenderaan. Sekiranya aci pemacu rosak atau bermasalah, beberapa simptom akan dapat diketahui.
Lebih buruk lagi dalam sesetengah situasi, ianya boleh menyebabkan kenderaan terus berhenti, langsung tidak bergerak, walaupun enjin masih hidup.
Aci pemacu adalah merupakan komponen yang menghubungkan kuasa dari enjin ke tayar kenderaan. Sekiranya aci pemacu rosak atau bermasalah, beberapa simptom akan dapat diketahui.
Lebih buruk lagi dalam sesetengah situasi, ianya boleh menyebabkan kenderaan terus berhenti, langsung tidak bergerak, walaupun enjin masih hidup.
Apakah Tanda Drive Shaft Rosak
Binaan asas aci pemacu terbahagi kepada beberapa bahagian. Pada kedua-dua hujungnya dibina dengan CV Joint (Constant Velocity Joint). Pada satu hujung ianya disebut sebagai Inner CV Joint, manakala pada satu hujung lagi ianya disebut sebagai Outer CV Joint.
Kedua-dua CV Joint ini dihubungkan oleh satu shaft (aci). Pada setiap CV Joint pula ditutupi oleh rubber boot yang bertindak sebagai pelindung bahan cemar.
Gambaran animasi CV Joint foto : wikipedia |
Rubber boot pula berfungsi sebagai pelindung bahan cemar. Rubber boot juga berfungsi untuk mengekalkan kandungan minyak gris yang berpanjangan di dalam CV Joint.
Drive shaft boot kit foto : amazon |
Berikut disenaraikan beberapa tanda drive shaft rosak :
- Semasa membelok kenderaan (terutama pusingan U) sama ada ke kiri atau ke kanan, akan kedengaran bunyi ketekk..ketekk..ketekk terutama pada bahagian tayar hadapan. Terkadang juga ianya mengeluarkan bunyi seperti krukk..krakk..krukk..krakk ataupun tukk..tukk..tukk terutama semasa membelok. Bunyi ini terjadi semasa membelok sahaja, tetapi apabila anda memandu di jalan yang lurus bunyi tersebut akan hilang. Kebiasaannya bunyi ini menunjukkan Outer CV Joint yang bermasalah.
- Semasa anda menekan pedal minyak untuk pikap mula (dari berhenti ke bergerak), kenderaan akan terasa bergegar, terutama pada bahagian hadapan. Ini pula kebiasaannya menunjukkan Inner CV Joint yang bermasalah.
- Jika shaft aci pemacu bengkok (mungkin disebabkan kemalangan atau perlanggaran) kenderaan akan terasa bergegar apabila dipandu mencapai kelajuan tertentu.
Tips Melambatkan Tanda Drive Shaft Rosak
- Semasa mengambil selekoh, hindari perbuatan membelasah kenderaan.
- Sentiasa memastikan rubber boot dalam keadaan baik. Jika didapati rubber boot pecah atau terkoyak, tukar dengan segera. Ini akan memanjangkan lagi jangka hayat Inner & Outer CV Joint.
sumber :teratakinfo
AdminJ
Asalamualikum.... sy ade mslh kalau tekan smpy 80 ke atas, ada rs getaran pd bahagian dpn, smpy ke dalm.. tp ms membelok, alhamdulillah buat ms nie, ok lg.. xde bunyi xde ape, tp kalau tekan je smpy 80, start getaran... adakan sbb drive shaft nie..??
ReplyDeleteTyar kena timbang
Delete