MMA: Anak Kuala Pilah buktikan kehebatan di ONE Championship Singapura


KUALA LUMPUR: Atlet MMA negara, Muhammad Aiman Raziz Affindi kembali menyengat apabila menewaskan lawannya dari China di kejohanan ONE: Immortal Pursuit di Singapura, semalam.

Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berjaya membuktikan ketangkasannya dengan menundukkan Yang Fei selepas tiga pusingan.
Semasa pertarungan, Muhammad Aiman, 22 tahun, yang diberi jolokan nama 'Jungle Cat' (Kucing Hutan) memberi asakan yang hebat kepada lawannya itu.

Namun serangannya telah dibalas dengan beberapa tumbukan padu oleh Yang Fei, termasuk beberapa percubaan jatuhan.

Bagaimanapun, selepas tiga pusingan, ternyata peserta dari Malaysia itu mempamerkan aksi yang lebih cemerlang apabila diisytihar pemenang menerusi ‘unanimous decision’.

Dengan keputusan tersebut, Muhammad Aiman yang juga bekas juara featherweight MIMMA musim ke-3 itu kini mempunyai rekod kemenangan 3-2.

Sumber : Astro Awani

Comments

Popular Posts