Instagram nelayan Rusia terus popular, kongsi gambar makhluk marin aneh



ROMAN Fyodorov, seorang nelayan Rusia terus meraih tumpuan pengguna media sosial kerana perkongsian koleksi foto makhluk pelik dan mengerikan yang ditemuinya.

Fyodorov menggunakan platform Instagram dan memuat naik pelbagai gambar hidupan laut dalam yang luar biasa termasuk yang tersangkut di pukatnya.

Menariknya ada antaranya kelihatan seakan makhluk dalam filem termasuk Alien dan spin-off Harry Potter, Fantastic Beasts and Where to Find Them. Malah ada yang kelihatan berwajah manusia.

Tindakan Fyodorov yang berasal dari bandar Murmansk itu membuatkan pengikutnya sentiasa ternanti-nanti makhluk apa lagi yang bakal dikongsinya.
Bagi Fyodorov sendiri, paling diminatinya adalah seekor ikan yang mirip jerung pra-sejarah dengan deretan gigi yang luar biasa.

Fyodorov juga meminta pertolongan pengikut Instagramnya untuk membantunya menamakan makhluk yang dia sendiri tidak pernah melihatnya.

Berikut beberapa gambar makhluk pelik yang dikongsi Fyodorov di laman sosial miliknya.


A post shared by Роман Федорцов (@rfedortsov_official_account) on






A post shared by Роман Федорцов (@rfedortsov_official_account) on


A post shared by Роман Федорцов (@rfedortsov_official_account) on



Akaun Instagram Fyodorov dengan nama @rfedortsov_official_account sehingga kini telah memiliki lebih 200,000 pengikut.


Sumber : Astro Awani

Comments

Popular Posts