Patah kaki, tangan jatuh gaung



PENDAKI wanita yang patah kaki dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam gaung di Gunung Besar Hantu, Jelebu, terpaksa menahan kesakitan lebih lapan jam sebelum diselamatkan bomba, malam tadi.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa Noor Jamiah Azizatul Rahimah Maskor, 31, dari Johor mendaki bersama 18 rakannya pada 9 pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazill Mohd Yunus berkata, mangsa terjatuh ke gaung sedalam 2.5 meter kira-kira 1 tengah hari.
Katanya, mangsa cuba diselamatkan rakan namun tidak boleh bergerak kerana kecederaan dialami.
"Beberapa rakannya kemudian terpaksa turun ke bawah bagi menghubungi pasukan penyelamat.
“Bomba menerima panggilan 6.26 petang dan 13 anggota tiba di lokasi 7.12 malam sebelum menjalankan operasi menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Fazill berkata, anggota tiba di lokasi mangsa terjatuh pada 9.12 malam lalu memberikan rawatan awal dan membawa mangsa turun.
“Laluan sempit, licin dan curam antara kesukaran untuk membawa mangsa turun. Kita tiba di kaki gunung pada 2.15 pagi tadi. Mangsa diserahkan kepada Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dibawa ke Hospital Jelebu untuk rawatant,” katanya.

 Sumber : Harian Metro

Comments

Popular Posts