Pengikut fahaman neo-Nazi tembak ibu bapa teman wanita pada hari Krismas
RESTON: Seorang remaja didakwa membunuh ibu bapa teman wanitanya sewaktu sambutan Krismas di rumah mereka kerana identitinya sebagai seorang penyokong fahaman Nazi telah diketahui.
Menurut polis, remaja berusia 17 tahun itu turut menembak dirinya selepas menembak pasangan itu dan kini sedang dirawat di hospital untuk kecederaan serius.
Polis Fairfax Country, sebuah kawasan perumahan sederhana di Washington, turut mengumumkan pada Sabtu bahawa mereka telah memfailkan tuduhan kepada remaja itu. Namun, namanya tidak dapat dikongsikan kepada awam kerana masih belum cukup umur.
Mangsa, Scott Fricker, 48 tahun, dan isterinya, Buckley Kuhn-Fricker, 43 tahun, ditembak setelah memberitahu suspek bahawa mereka mengetahui dia merupakan penganut fahaman tersebut.
The Washington Post melaporkan suspek berpacaran dengan anak perempuan mangsa namun telah memujuk anak mereka untuk meninggalkan suspek kerana fahaman neo-Nazi nya.
Syak pasangan itu bermula apabila anak perempuan mereka berkata teman lelakinya merupakan pakar sejarah dan mula memberitahu mereka bahawa orang Yahudi patut disalahkan untuk Perang Dunia Kedua.
Mangsa wanita, Kuhn-Ficker, turut menemui tweet dan mesej Twitter di dalam telefon anaknya yang dipercayai adalah milik suspek.
Malah suspek pernah berkongsi tweet dari pengguna-pengguna Twitter yang memuji Hitler, bersifat homofobik dan menyokong revolusi orang kulit putih.
Mangsa dipercayai turut menghantar e-mail kepada sekolah suspek dan anaknya untuk berkongsi kegiatan atas taliannya dan menyatakan kerisauannya yang sentiasa berkongsi maklumat berbaur perkauman kepada anaknya.
Keluarga teman wanita suspek turut melakukan campur tangan dan mengajarnya tentang bahaya fahaman Nazi. Gadis itu berjaya dipujuk dan telah memutuskan hubungan dengan suspek.
Namun pada hari kejadian, suspek didapati menyelinap masuk bilik gadis itu dan apabila diketahui mangsa, dia menembak mereka sebelum menembak dirinya di kepala.
Sumber : Astro Awani
Comments
Post a Comment