11 warga emas rentung


SEBELAS orang maut dalam kebakaran di pusat jagaan orang tua di Sapporo, Hokkaido, semalam.
Rakaman televisyen menunjukkan bangunan tiga tingkat itu hangus dijilat api manakala sepasukan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran dalam cuaca salji.
Mangsa yang maut terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita iaitu antara 16 penghuni yang tinggal di pusat jagaan terbabit.
Manakala lima lagi berjaya menyelamatkan diri dan cedera ringan.
Menurut jurucakap polis, pihaknya masih mengenal pasti identiti mangsa.
Mereka juga sedang melakukan siasatan terhadap punca kebakaran yang dipercayai berlaku pada 11.42 malam waktu tempatan (12.42 tengah malam waktu Malaysia).
Kemudahan pusat jagaan itu dikatakan untuk membantu warga emas yang mengalami masalah kewangan dengan menyediakan tempat tinggal selain membantu mencari pekerjaan, lapor NHK.

Sumber : Harian Metro

Comments

Popular Posts