bebelas tembakan dengan penjenayah
MELAKA: Polis menembak mati dua penjenayah selepas berbalas tembakan di Jalan Gangsa, Batu Berendam menghala ke Angkasa Nuri di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia lingkungan 40-an, masing-masing warga tempatan dan asing yang menaiki kereta Mercedez Benz dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Seri Bayan di sini.
Ketua Polis daerah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika ditemui, berkata ketika diminta memberhentikan kenderaan, suspek melepaskan tembakan ke arah polis.
Katanya, anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Berita penuh menyusul






Comments
Post a Comment