Jual Buaya, Ular Sawa Melalui FB, WhatsApp


JAKARTA – Sekumpulan penyeludup haiwan ditahan di Indonesia kerana jual buaya, ular sawa dan spesies dilindungi lain menerusi Facebook (FB) dan WhatsApp.

Pihak berkuasa berkata, tujuh suspek, ditahan di lokasi berasingan di ibu kota ini dan sekitarnya, minggu lalu.
Mereka membeli haiwan terbabit dengan hanya 300,000 rupiah (RM85.82) seekor sebelum menjualnya semula dalam talian pada harga dua juta rupiah hingga lima juta rupiah (RM582.53 dan RM1,456.33) seekor.
“Suspek mengiklankan haiwan terbabit di Facebook atau WhatsApp. Pembeli berminat diminta untuk bertemu dan haiwan itu diserahkan kepada mereka,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono.
Suspek didakwa mengikut Undang-undang Alam Sekitar Indonesia, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun.
Argo berkata, haiwan terbabit dibawa dari hutan Jawa dan kepulauan Sumatera.
Antara haiwan yang dirampas adalah dua ekor buaya, dua ular sawa, enam kucing hutan, dua ungka, helang dan burung hantu.

Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts