Pondan dipaksa lari, menjerit hingga keluar suara lelaki


ACEH - INDONESIA. Polis di utara Aceh memaksa sekumpulan pondan berlari dan menjerit sehingga suara lelaki mereka kembali, kelmarin.
CNN mengatakan 12 lelaki pondan berkenaan ditahan selepas polis menyerbu lima butik kecantikan selepas mendapat aduan.
Kata polis, pihaknya juga mencukur rambut kumpulan pondan tersebut sehingga pendek dan memaksa mereka memakai pakaian lelaki sebelum disuruh berlari.
Ketua Polis Utara Aceh, Ahmad Untung Surianata berkata, cukur rambut dan memakai persalinan lelaki adalah sebahagian dari latihan untuk membawa pondan tersebut ke 'lumrah asal'.
"Kami juga menyuruh mereka berlari sambil menjerit sehingga 'suara lelaki' mereka keluar," kata Ahmad.
Operasi tersebut adalah sebahagian dari usaha polis untuk mengekang pengaruh LGBT yang semakin menular di negara konservatif tersebut.
Kesemua pondan yang ditahan juga dibawa ke balai polis untuk diberi kaunseling.

Sumber : Sinar Harian

Comments

Popular Posts