Seloroh KJ buat Awal...


PENGACARA popular Awal Ashaari tidak menjangka gurauan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin mewujudkan kumpulan #khawal gabungan Khairy dan Awal tular di media sosial sejak kelmarin.


Malah, status yang dimuat naik Khairy atau mesra disapa KJ di laman Instagram (IG) miliknya itu turut mendapat perhatian portal berita tempatan berbahasa Malaysia dan Inggeris.
"Sejujurnya saya gementar menemubual KJ. Sebab, beliau dikenali sebagai seorang lantang, pendiam dan serius. Pada sesi berkenaan, beliau agak terburu-buru jadi kami tidak banyak masa.
"Selepas selesai temubual, beliau buat permintaan berswafoto. Apabila menteri nak bergambar, saya pun teruja dan seronok. Saya pun ambil kesempatan sama.
"Dalam perjalan pulang, saya dapat bayak 'notification'. Orang mula 'tag' nama saya. Saya buka dan tengok, KJ muat naik di IG miliknya beserta status yang agak unik," katanya kepada Harian Metro.
Awal yang mengendalikan program Bicara Empat Mata menyifatkan status dimuat naik Khairy adalah di luar kotak fikiran.
"Cara dia berbeza daripada orang lain apatah lagi dia turut 'tag' nama isteri saya. Bagi saya, apa yang ditulis sesuatu di luar kotak pemikiran seorang menteri.
"Malah, saya pun tak terlintas nak tulis sebegitu. Ia bukti KJ seorang menteri yang segar dengan idea. Ramai memberikan komen positif. Mereka suka bila menteri berseloroh," katanya.
Menurut Awal, status yang dimuat naik mengenai stokin merah dipakai Khairy juga mendapat reaksi pengguna laman sosial.
"Menerusi IG saya pula, saya terpanggil untuk bercakap mengenai stokin. Sebab masa jumpa KJ, saya pakai stokin bunga-bunga.
"Kebetulan masa masuk bilik KJ, saya terus terpandang stokin yang dipakai warna merah. Sementara tali kasut pula warna merah jambu terang meskipun kasut berwarna coklat. Saya tegur dan dia cakap tidak sukakan terlalu formal.
"Apabila saya Tweet, ia orang suka. Saya dapat banyak maklum balas daripada pengikut dan netizen sehingga semalam. Disebabkan itu, perkara ini tular," katanya.
Awal juga berkongsi, dia dan Khairy saling membalas mesej di laman Instagram (DM) selepas perkara itu menjadi bualan pengguna laman sosial.

Sumber : Harian Metro

Comments

Popular Posts