Terkejut Nampak Lipas, Wanita Ini Rempuh Jejantas


SINGAPURA – Ini mungkin lucu namun begitulah yang berlaku apabila seorang wanita berusia 61 tahun cedera ringan hanya gara-gara ternampak seekor lipas dalam keretanya baru-baru ini.

Menurut laporan stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia, insiden pelik itu menyebabkan kereta jenis Mazda yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan sebelum merempuh kuat tangga sebuah jejantas di Jurong East.
Gambar-gambar yang tersebar luas atas talian setempat menunjukkankereta buatan Jepun berwarna merah itu naik melepasi bendul bahu jalan raya dengan bahagian depan kenderaan tersebut agak remuk teruk.
Menurut kenyataan polis Singapura kepada media, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian aneh tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi pada Jumaat minggu lalu di Jurong East Central menghala ke arah Science Centre Road.

Agensi berita tempatan Mediacorp bagaimanapun difahamkan bahawa wanita warga emas itu yang tidak pula didedahkan identitinya dipercayai hilang kawalan ke atas keretanya setelah terkejut melihat lipas di dalam kereta.
Kereta tersebut naik ke bendul jalan dan merempuh kaki tangga sebatang jejantas, merosakkan tangga berkenaan.
Pemandu wanita itu berada dalam keadaan sedar semasa dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong bagi mendapatkan rawatan.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts