Tiga fenomena bulan bermula 6.51 petang ini


SHAH ALAM - Tiga fenomena bulan yang dijangka mengambil masa lima jam 17 minit dijangka bermula jam 6.51 petang hari ini hingga jam 12.08 tengah malam esok (1 Februari).

Menurut Planeterium Negara, fenomena tersebut adalah gabungan fenomena ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon'.

Fenomena ‘Supermoon’ bermaksud kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh, menyebabkan saiz bulan kelihatan lebih besar daripada biasa.
Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.

"Bloodmoon' adalah gerhana bulan kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi.

"Bulan yang berlaku akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari 2018). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak - gerhana bermula selepas Bulan terbit).

"Fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018," kata kenyataan di Agensi Angkasa Negara.

Fenomena unik ini boleh disaksikan Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara.


Sumber : Sinar Harian

Comments

Popular Posts