Tolong habiskan game saya...
SEORANG ‘kaki game’terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengadu lumpuh dari paras pinggang ke bawah selepas bermain video game berterusan selama 20 jam di kafe internet di Beijing.
Namun, biarpun berada di atas pengusung, dia masih sempat memesan kepada rakannya untuk menghabiskan permainan itu, lapor media China.
Menurut portal berita QQ.com, lelaki terbabit pada mulanya ingin ke tandas sebelum menyedari separuh badannya kaku dalam kejadian di Jiaxing, Zhejiang Province.
“Dia kelihatan seperti dia tidak dapat bergerak sepenuhnya dan kami terpaksa menghubungi ambulan,” kata rakannya.
Satu video yang disebarkan menunjukkan anggota paramedik dan rakannya bersama-sama memapahnya dari kerusi ke pengusung.
Lelaki terbabit dilaporkan berada di bawah pengawasan pihak hospital.
Oktober lalu, wanita berusia 21 tahun buta sebelah mata selepas bermain game di telefon bimbitnya sepanjang hari tanpa henti.
Sumber : Harian Metro
Comments
Post a Comment