22 tahun tinggal dalam istana pasir
BRASILIA - BRAZIL. Sejak 22 tahun lalu, Marcio Mizael Matolias, 44, terselamat daripada membayar sewa rumah yang tinggi apabila dia memutuskan untuk tinggal di istana pasir dekat sebuah kawasan mewah di Rio de Janeiro, Brazil.
Tidak seperti raja lain, Matolias atau lebih dikenali sebagai Raja Marcio oleh penduduk tempatan bertanggungjawab secara peribadi untuk membaik pulih bahagian istananya yang rosak.
Dia juga perlu sentiasa menyiram istana pasirnya dengan air bagi mengelakkan ia runtuh.
Meskipun nampak gah di luar, rumahnya hanyalah berukuran tiga meter persegi dan dipenuhi buku.
"Saya dibesarkan di Teluk Guanabara dan tinggal di pantai. Orang lain perlu bayar sewa yang sangat tinggi untuk mendapatkan pemandangan menghadap laut, tetapi saya tak perlu bayar apa-apa dan sangat selesa duduk di sini.
"Kadang-kadang saya tidak dapat tidur di rumah kerana pasir menyimpan haba. Jadi, saya akan bermalam di rumah rakan. Namun, saya lebih suka tidur di sini walaupun terpaksa bermalam di tepi pantai," katanya.
Sumber : Sinar Harian



Comments
Post a Comment