7 Bulan Jadi Maknyah, Akhirnya Nak Jadi Lelaki
GILA…. Seorang bapa kepada dua anak, yang sanggup menukar penampilan dengan menjadi perempuan (maknyah) selepas lapan tahun berkahwin, kini insaf mahu menjadi lelaki semula.
James Cohan, 36, memberitahu bekas isterinya, Eirian, 36, bahawa dia mahu kembali menjadi lelaki semula selepas tujuh bulan menjadi maknyah.
Dia kini dikenali sebagai Jim selepas membuang nama maknyah Kara. Selepas membuat keputusan menjadi lelaki semula, dia membuang rambut palsu, gaun dan kasut tumit tinggi.
Selepas mengubah penampilan menjadi maknyah, James bercerai dengan Eirian. Wanita itu pada mulanya keliru dengan perubahan James namun dia tetap memberikan sokongan meskipun mereka sudah bercerai.
Malah James kini menetap di Portugal bersama dengan Eirian dan kekasih wanita itu.
“Dia membuat keputusan pada Julai tahun lepas bahawa dia tidak mahu jadi perempuan lagi. Dia berhenti daripada pakai rambut palsu, gaun dan kasut tumit tinggi. James juga mula menyimpan jambang.
“Saya melakukan yang terbaik untuk menyokongnya lagipun sepanjang lapan tahun kami berkahwin, kami mempunyai dua anak perempuan,” kata Eirian.
Mereka bagaimanapun menerima kecaman ramai terutama daripada netizen yang menuduh James menipu kononnya dia maknyah selepas mereka melihat dia kembali berambut pendek dan berjambang.
Sumber : MyNewsHub.cc



Comments
Post a Comment