Biarlah ia tinggal kenangan...


OMPOSER dan penyanyi rap, Ahmad Abdul Rahman atau Altimet tidak berganjak untuk bersara dari dunia seni meskipun lagu Amboi dinobatkan Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), semalam.
Altimet berkata, keputusan meninggalkan status sebagai penghibur adalah untuk mencari cabaran baru.
"Saya bersyukur kemenangan malam tadi (Ahad) namun ia tidak mengubah pendirian bersara pada 27 November tahun ini.
"Keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek selain mencari cabaran baru. Boleh dikatakan setiap cabaran yang saya tempuh, hampir kesemuanya sudah dilunaskan.
"Cuma tinggal satu album istimewa yang bakal dilancarkan penghujung tahun ini sebelum memberi fokus kepada perniagaan lain," katanya.
Menurut Altimet, dia mengakui zaman mudanya sudah berakhir apabila memasuki usia 40 November depan.
“Muzik rap memainkan peranan besar ketika remaja. Rasanya usia sekarang kurang sesuai terus menyanyikan lagu seperti itu.
“Jadi, biar ia tinggal kenangan yang pasti saya rindukan. Biarlah saya membuka akaun baru dalam hidup,” katanya.
Bagaimanapun, Altimet tidak akan berhenti daripada terus menulis dan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain kerana itu adalah minatnya.

Sumber : Harian Metro

Comments

Popular Posts