Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
KUALA LUMPUR: Segala konspirasi dan dakwaan di media sosial mengenai kapal pencarian 'Seabed Constructor' 'yang didakwa 'hilang' dari radar selama tiga hari di Lautan Hindi diredakan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman di Perth, Australia.
Kapal pencarian itu dilaporkan tidak dapat dikesan oleh radar selama tiga hari sejak 1 Februari selepas memulakan misi pencarian 22 Januari.
#MH370 My Night time update. Well, no AIS update from Seabed Constructor in over 7 hours. I don't know what is happening. This image lays out the last day or so. pic.twitter.com/Tg7XkhCh22— Kevin Rupp (@LabratSR) February 1, 2018
Situasi itu menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan pemerhati sejak kehilangan pesawat milik syarikat MAS itu hilang sejak tahun 2014.
Seandainya Seabed Constructor membuat sebarang penemuan, pemerhati ('conspirators') mendakwa kapal itu perlu berada dalam keadaan 'pegun' bagi membolehkan pencarian lebih terperinci boleh dilakukan.#MH370 Ok, afternoon update. I've taken some time and looked closely at todays track. There has been two roughly 90 minute long stops in the track and I have labeled them. 4 images, a closeup of each stop and then mid level and overview. pic.twitter.com/6Cge2bl3bu— Kevin Rupp (@LabratSR) January 31, 2018
#MH370 My night time update. Not sure what Seabed Constructor is up to . She has slowed to almost stop several times in this. 4 images. One track without the previous track and one with. A mid view and an overview pic.twitter.com/J7WEkKhrim— Kevin Rupp (@LabratSR) January 31, 2018
Beliau mengesahkan "Seabed Constructor" itu kini berlabuh di pelabuhan berdekatan Henderson di Perth untuk "menambah bekalan (resupply)".
Azharuddin yang juga Ketua Pasukan Bertindak MH370 berkata beliau bakal berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang turut sama dalam operasi tersebut.
"Belum lagi (ada sebarang perkembangan). Saya di sini (Perth) untuk melawat kapal tersebut. Esok saya pergi lawatan.
"Hanya lawatan sementara kapal itu berlabuh di pelabuhan untuk resupply (tambah bekalan).
"Ia hanya lawatan dan berjumpa dengan pegawai kita (TLDM) yang ada di atas kapal itu, dua orang selain untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Ocean Infinity (OI).
"Setakat ini tiada lagi (petunjuk positif), tapi esok mungkin akan update (kemas kini)," katanya.
Sebelum ini, misi pencarian diterajui Australia sudah meliputi kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi di pesisir barat benua itu selama 28 bulan.
Namun, pencarian dihentikan pada Januari tahun lalu.
Misi kali kedua ini pula yang membabitkan 65 kru dari pelbagai negara termasuk dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia sendiri.
Portal berita abc.au.net hari ini melaporkan kapal pencarian, 'Seabed Instructor' berlabuh di sebuah pelabuhan di Perth.

Sumher : Astro Awani

Comments
Post a Comment