Donald Trump sekali lagi cabar Oprah Winfrey bertanding jawatan Presiden
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mencabar personaliti media Oprah Winfrey untuk bertanding jawatan presiden.
Kenyataan Trump dibuat setelah penampilan Winfrey dalam program popular '60 Minutes’ yang mana bekas pengacara program bual bicara itu bertindak sebagai wartawan khas.
Trump turut mengkritik penampilan Winfrey dalam program berkenaan yang dilihat sebagai kurang keyakinan diri.
“Soalan-soalan sangat berat sebelah dan fakta tidak betul.
“Saya berharap beliau akan bertanding (untuk jawatan Presiden) agar beliau dapat didedahkan dan dikalahkan seperti yang lain,” katanya di Twitter.
Just watched a very insecure Oprah Winfrey, who at one point I knew very well, interview a panel of people on 60 Minutes. The questions were biased and slanted, the facts incorrect. Hope Oprah runs so she can be exposed and defeated just like all of the others!— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) February 19, 2018
ama Winfrey hangat diperkatakan untuk bertanding jawatan tertinggi negara itu setelah memberikan ucapan penuh inspirasi di Anugerah Golden Globes pada Januari.
Winfrey menerusi beberapa temu ramah bersama media AS berkata beliau tidak berminat untuk bertanding.
Winfrey menerusi beberapa temu ramah bersama media AS berkata beliau tidak berminat untuk bertanding.
Sumber : Astro Awani



Comments
Post a Comment