LIHAT KECANGGIHAN PADANG STADIUM BARU SPURS

Seperti kita sedia maklum Tottenham Hotspur kini dalam proses pembinaan stadium baru.
Pada musim ini Spurs menjadikan Wembley sebagai stadium tuan rumah mereka sementara stadium baru mereka yang digelar sebagai ‘New White Hart Lane’ dijangka siap sepenuhnya untuk digunakan pada musim 2018/19.
Stadium New Hart Lane ini bakal menjadi antara stadium tercanggih di Eropah dilengkapi pelbagai kelengkapan moden antaranya ialah padang utama stadium boleh berubah kepada padang perlawanan NFL (American Football) tanpa merosakkan padang utama bola sepak.
Bagaimana Ianya Berfungsi?
Menurut SCX syarikat pembinaan yang bertanggugjawab membina New White Lane padang utama stadium baru Spurs akan mempunyai dua lapisan.


Lapisan pertama merupakan padang bola sepak dan lapisan kedua merupakan padang NFL.
Semasa perlawanan NFL berlansung padang bola sepak utama digerakkan dan akan ‘disimpan’.Anda boleh tonton video dibawah bagaimana proses pertukaran padang ini berlaku.
Dengan berat lebih 3000 tan padang utama New White Lane memerlukan hanya 25 minit menukar padang mereka kepada padang NFL.
Padang ini bukan hanya digunakan untuk perlawanan NFL sahaja malah turut digunakan untuk acara bukan bola sepak.

Teknologi ini akan memastikan padang utama bola sepak tidak akan rosak semasa New White Hart Lane menganjurkan acara bukan bola sepak.
Untuk rekod Spurs akan menganjurkan dua perlawanan NFL pada musim 2018/19.
sumber :PLmalaysia


Comments
Post a Comment