Murid maut dilempang guru


NEW DELHI – INDIA. Seorang murid sekolah rendah di Uttar Pradesh meninggal dunia selepas ditampar gurunya.

Lapor media tempatan, kejadian berlaku di sebuah sekolah swasta di Ballia pada Isnin lalu.
Tambah laporan itu, mangsa berusia 11 tahun pengsan selepas ditampar guru terbabit sebelum dia dikejarkan ke Hospital Universiti Banaras di Varanasi.

Mangsa meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital berkenaan.
Susulan itu, keluarga mangsa dan orang ramai mengadakan protes di luar sekolah menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap tertuduh.

"Satu laporan polis telah dibuat terhadap Rajni Upadhyay. Dia akan disiasat di bawah Seksyen 304 dan 504 Kanun Keseksaan India," kata jurucakap polis, Superitenden Anil Kumar.

Sumber : SInar Harian

Comments

Popular Posts