Pelajar Dibelasah Tak Ingat Dunia…


KES buli seperti tiada penghujungnya, ada sahaja kejadian yang dilaporkan dan ia tidak mengira sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Apa yang lebih mengejutkan, kejadian buli juga sering dilapor membabitkan sekolah yang telah diberi gred berprestasi tinggi.
Terbaharu, tular satu rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan pelajar daripada sebuah sekolah ternama di Singapura, membelasah secara bertubi-tubi rakan sekelas mereka.
Kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Westwood itu dimuat naik di halaman Facebook Fabrications About Singapore dan telah mencetuskan kecaman hebat netizen tempatan.
Menerusi video, mangsa yang tidak bertindak balas itu dilihat dipukul secara betubi-tubi di kepala dan dipijak tanpa belas kasihan.

Dua pelajar juga turut dilihat mencampak kerusi ke arah mangsa yang sedang berada di tempat duduk, di mana sebuah kerusi itu terkena kepalanya.
Kemudian, salah seorang pelajar kemudian menampar mangsa sebelum memukul dan menendangnya hingga mangsa jatuh ke lantai.
Insiden itu dipercayai berlaku pada 9 Februari lalu namun rakaman kejadian tersebut baharu sahaja dimuat naik ke laman sosial.
Menurut pengetua sekolah, Abdul Harris Sumardi, lima pelajar tingkatan tiga yang dipercayai bersekongkol untuk membuli mangsa telah dikenakan tindakan disiplin daripada pihak sekolah.
“Kami sedang bekerjasama dengan ibu bapa pelajar terlibat untuk mengadakan sesi perbincangan dan kemungkinan para pelajar ini bakal dikenakan tindakan tegas.
“Mangsa juga yang merupakan pelajar tahun tiga akan diberikan khidmat kaunseling dan membantunya sabagai memulihkan kembali trauma kejadian,” katanya memetik portal berita Mediacorp.
Sehingga hari ini, rakaman video itu mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi sebanyak 4,100 kali dan mengundang lebih daripada 800 komen di pautan video.
Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts