Serah diri bawa mayat kekasih
LELAKI yang dipercayai membunuh teman wanitanya berusia 35 tahun menyerah diri di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya dengan membawa mayat mangsa di dalam keretanya, hari ini.
Dalam kejadian pada 3 petang ini, suspek berusia 37 tahun tampil di balai polis terbabit bersama sebuah kereta Honda City.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.
“Polis sedang mengenal pasti motif kejadian termasuk mengambil keterangan daripada suspek.
“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro



Comments
Post a Comment