Sesat di Hutan Gunung Pulai
DUA warga Singapura dipercayai sesat di Hutan Gunung Pulai, Kulai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata, kedua-dua rakyat negara jiran itu dilaporkan hilang pada 5.55 petang tadi.
"Satu maklumat diterima dari talian 999 menyatakan terdapat seorang lelaki hilang di hutan Gunung Pulai, Kulai petang ini.
"Identiti mangsa ketika ini belum dikenal pasti sebelum anggota polis dan bomba ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa," katanya.
Katanya, Unit Kereta Peronda (MPV) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut ke lokasi kejadian.
"Mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita warga Singapura, masih belum ditemui.
"Menurut anggota MPV yang berada di tempat kejadian, mangsa wanita disyaki mengalami kecederaan," katanya.
Katanya, usaha mencari kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat.
Sumber : Harian Metro



Comments
Post a Comment