Wanita rentung kereta rempuh rumah kosong terbakar
SANDAKAN: Seorang wanita rentung selepas kereta dinaikinya bersama seorang lelaki terbabas lalu merempuh sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Labuk Lama Batu 9, Sandakan pada awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, lelaki terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala wanita itu rentung.
Lelaki yang selamat dikenali sebagai R. Karthigaiyan, 30 tahun manakala mangsa yang rentung masih belum dapat dikenal pasti identitinya.
Manakala katanya, rumah kosong yang dirempuh juga turut musnah dijilat api.
"Pihak bomba daerah Sandakan menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.20 pagi.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi pihak bomba mendapati terdapat dua orang mangsa dan seorang mangsa lelaki berjaya menyelamatkan diri manakala seorang wanita didapati rentung di dalam kereta tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 5.04 pagi.
Sumber : Astro Awani






Comments
Post a Comment