Gadis Sepak Anak Kucing ‘Diburu’ Netizen


KEJAM… Rakaman video memaparkan tindakan seorang remaja perempuan menyepak seekor anak kucing dengan sengaja telah mencetuskan kemarahan netizen di media sosial.

Video yang dimuat naik @bqishamin menerusi laman Twitter itu dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di utara tanah air namun tidak dipastikan dengan tepat lokasi sebenar dan waktu kejadian.
“Aku ramai je kawan geli dengan kucing tapi takdelah sampai tahap dia ni tendang bagai dah tu boleh gelak ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­, dik kau takde hati perut ke ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ babycat tu jatuh longkang kot ðŸ˜”😔💔,” tulis @bqishamin di kapsyen video.

Susulan itu, segelintir pengguna media sosial mula melakukan ‘siasatan’ dan mencari akaun media sosial remaja berkenaan yang kemudian turut ditularkan.
Difahamkan, remaja berusia 15 tahun itu mempunyai akaun Instagram dengan sejumlah 2,318 pengikut. Namun gambar-gambarnya telah dipadam selepas mengetahui dia menjadi heboh di platform media sosial.


“Seronok sangat sepak kucing nampak? Dia sedar tak netizen boleh sepak-sepak dia macam dia sepak kucing tu? Biar bodoh muka tak lawa tapi jangan perangai keji pukul binatang,” kata Rudy.

“Buat malu kaum Hawa saja perangai kau ni dik. Kalaulah kau kecik macam kucing tu, aku koyak kulit kau bagi lembu makan tau tak!”
 sindir Yenroza. 
Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts