Model Benar Lelaki Sentuh Payudara Berdepan Penjara


SEORANG model yang membenarkan payudaranya diraba di khalayak ramai, kini berdepan hukuman penjara selepas video rakaman berkenaan menjadi tular.

Yui Yui, yang berasal dari Taiwan, telah diraba di merata tempat di Hong Kong dan video itu dimuatnaik dalam YouTube.
Dengan pengikut seramai 50,000 orang dalam media sosial, video itu telah merebak dengan cepat umpama api yang membakar hutan dan ditonton lebih 90,000 kali.
Yui Yui kini berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun kerana ia merupakan kelucahan yang melampau. Dia bukan sahaja membenarkan payudaranya disentuh malah lelaki boleh memicitnya.
Ketika dia diperlakukan sedemikian rupa, Yui Yui dirakamkan tersenyum dan ketawa. Perbuatan itu dipercayai dilakukan di tempat sibuk seperti tepi jalan dan stesen keretapi.
Keadaan ini menyebabkan ibu bapa marah kerana Yui Yui bertindak lucah dan memberikan contoh yang tidak baik kepada generasi muda.
Yui Yui memang tidak asing dengan kontroversi malah gambarnya dalam media sosial adalah seksi dan suka menunjukkan asetnya kepada ramai.

Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts