Muat Naik Video Hampir Sama, Neelofa Sindir Fazura?


BELUM lagi reda mengenai isu pelancaran hijab di sebuah kelab malam ternama, pengacara, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa memerli aktres, Fazura di Insta Story miliknya.

Memetik sumber, isu ini bermula apabila terdapat seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fizz Zoule memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan Neelofa sedang bersiap untuk penggambaran iklan di Taiwan.

 Menerusi rakaman tersebut, individu berkenaan mendakwa dialog yang dilontarkan oleh Neelofa seakan-akan menyindir video yang dirakam Fazura sebelum ini.
Keadaan bertambah panas apabila tindakan jurusolek yang sedang mendandan Neelofa itu dilihat seolah mengiyakan perkara tersebut selain mengatakan kenyataan sinis itu sebagai ‘kejam’.

Eh, macam sama je kan?
Rata-rata netizen mempersoalkan motif sebenar Neelofa bertindak sebegitu selain mengkritik tindakan pengacara wanita itu kerana dianggap tidak profesional.




 
Pun begitu, sejauh mana kesahihan berhubung hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Adakah ianya hanya kebetulan atau mungkin scene perli memerli bakal bermula? 

Sumber : MyNewsGHub.cc

Comments

Popular Posts