Pil Emas Untuk Najis Berkilauan


TAHUKAH anda suatu masa lalu, ada pil emas yang dicipta semata-mata bagi membolehkan seseorang itu membuang najis `emas’?

Bunyi kedengaran pelik dan tidak masuk akal namun itulah yang dicipta oleh syarikat Tobias Wong dan Ju$tAnother Rich Kid.
Pil itu telah dihasilkan pada 2012 lalu. Inspirasi pil ciptaan ini adalah manusia boleh memiliki segalanya. Harga kapsul emas itu bagaimanapun bukan murah.
Sesuai dengan mereka yang kaya, ia dijual pada harga kira-kira RM1,600 dengan setiap pil mengandungi 24 karat emas.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pil emas itu masih lagi berada di pasaran kerana pencarian di Google gagal menemui sebarang perkembangan terkini mengenai pil itu.
Namun ia adalah bukti bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila mereka hidup terlalu mewah.
Menurut pengarah kreatif syarikat berkenaan, Kenneth W. Courtney ketika itu, sebagai manusia yang paling mewah, maka mereka boleh mendapatkan segalanya termasuk najis yang berkilauan dengan emas.
“Pembeli pil ini adalah pengumpul seni dan mereka yang mencari hadiah yang menarik serta unik. Ia adalah sebahagian daripada garis objek mewah dan pil ini merupakan penerokaan terhadap `penciptaan’ baru,’’ katanya.
Namun Wong bukan orang pertama yang mencipta kombinasi najis dan emas kerana pada 2007, Terence Koh dilaporkan telah menjualnya najis emasnya pada 2007 dengan harga RM1.9 juta.
Terence adalah artis Kanada dan najis itu dijadikan sebagai karya seninya.
Walaupun najis itu emas namun dari segi logik akal ia menjijikkan dan gila.
Ternyata manusia mempunyai perangai yang pelik hinggakan ke tahap najis pun mahu dijadikan emas. Mungkin kerana terlalu kaya, ada yang sudah tidak tahu apa lagi boleh dibeli dengan wang. 

Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts