Wanita Hidu Kecurangan Suami Melalui Gambar


SEORANG wanita muda telah `menangkap’ kecurangan suaminya, yang merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti apabila melihat rumah dan kucing kesayangannya menjadi gambar latar belakang kekasih lelaki itu.

Wanita terbabit, Anna Rudenok, 24, mendapati gambar flat yang didiami dengan suaminya, Dmitry, 27, dimuatnaik dalam Instagram Emilia Ignatova. Gadis berusia 19 tahun itu adalah pelajar Dmitry di South Ural State University di Rusia.
Selama ini Anna memang menghidu kecurangan Dmitry selepas dia asyik `like’gambar-gambar Emilia. Selepas menyiasat, ibu kepada seorang anak itu terkejut melihat gambar rumahnya termasuk katil anak mereka muncul dalam gambar Emilia.
Lebih mengejutkan ialah gambar Emilia memakai baju Anna.
Semua gambar itu dirakamkan ketika Anna tiada di rumah kerana melawat ibunya.
Apabila Anna menghantar mesej kepada suaminya bagi bertanyakan perkara itu, Dmitry cepat-cepat memadamkan akaun Instagramnya manakala Emilia pula menjadikan akaun miliknya itu sebagai `private’.
Akhirnya Dmitry mengaku kepada Anna bahawa dia dan Emilia sudah 18 bulan menjalin hubungan. Menyedari hubungan itu telah didedahkan oleh Anna kepada umum, lelaki itu telah mengugut isterinya.
“Aku akan musnahkan kau, aku akan tanam kau. Aku tak kisah walaupun kau ibu pada anak aku,’’ kata Dmitry kepada Anna. 

Sumber : MyNewsHub.cc

Comments

Popular Posts